Monday 29 February 2016

RINDU

*** Tak memasal dapat Ilham wat 'benda' ni... 

RINDU

Dalam kepayahan menjejak langkah,
Aku… Pelakon kecil di pentas yang gah!
Sebagai manusia, aku tak dapat mengelak,
Sesungguhnya, bejana hati ini sarat dengan rindu.

Rindu… Kau selalu bertamu,
Hanya aku yang tak ambil peduli,
Mahu bertanya rindu ini untuk siapa?
Tiada jawapan… kosong.

Asaku menongkah langit dunia,
Mencari pemilik rinduku,
Namun tidak kedapatan ,
Mungkin dia bersembunyi… tapi dimana?

...

Hayok… siapa yang dah buat zaqea rindu ni?
Hai semua… Assalamualaikum Awwalan…

By the way, sejak akhir2 ni… terasa rindu pada sesuatu. Insya-Allah yang baik2. Apa makna rindu? Siapa tau?... awak? Awak? Ok… jap eh… zaqea pernah terbaca definisi rindu ni… tapi untuk kepastian klik sini kejap!

Ok, dah tahu kan? Suatu perasaan ingin benar berjumpa seseorang… maksudnya memang nak jumpa sangat! Contoh… Jumpa kawan yang dah lama tak berhubung. Sweet sebenarnya bila rindu kerana Allah. Pung pang, pung pang… kita set date untuk jumpa… eits… main terjah je ke? Jom check list adab-adab yang digariskan bila nak buat REUNION dengan kawan2 yang dah lama tak berjumpa ni… ^^

Pertama : Hindari berkata yang lagha
Apa itu lagha? Sia-sia… ya, sia-sia… dalam erti kata lain, jangan bercakap perkara-perkara yang buruk, keruh, hodoh… contohnya, mengumpat orang lain… mengata sana-sini… eh awak, kita jumpa ni nak bertanya khabar… nak mengenang zaman kegemilangan… so, bicara hal yang manis-manis belaka… bila balik nanti, senyuman tu tak lekang dari bibir… hihi…

Kedua : Pendengar yang baik
Bila dah berjumpa, kadang semua benda kita nak kongsi… kan? Kan? Boleh… tapi, ada bagusnya kita jadi pendengar yang baik… cuba beri peluang pada kawan2 yang lain untuk berkongsi cerita… janganlah dari awal jumpa sampai ke sudah asyik kita je nak bercerita… hello… ini bukan segmen awak je tau… ingat kat orang lain… bahagi turn.

Ketiga : Berbual dengan semua orang
Hamboi… part ni memang… lazimnya lah… kita akan berborak sakan dengan clickers kita je kan? Bila dengan orang lain… KRIK KRIK, KRIK KRIK… dah2… buang sifat budak2 baru nak up. Jom kita layan semua orang… Tak salah… yang penting jangan fikir negatif. Ya, memang dulu awak tak kamceng… tapi tu dulu… sekarang ni la masanya awak berkenal-kenalan… Tak kenal, maka tak sayangkan?

Keempat : Sebelum bercakap, Fikirlah dahulu…
Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.
Terlajar perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya...

Biasa dengarkan ayat kat atas tu? Simple, fikir dulu sebelum bercakap. Jangan sampai menghina dan menyakitkan hati orang lain. Nak2 awak bagi soalan yang pure kebabom! Soalan2 sensitif dan kadang2 soalan tak masuk akal… Kalau ‘dibeli’ dengan cara baik, Alhamdulillah selamat… kalau kena bedal… faham2 sendirilah ye … hihi… jom, didik lidah tu jadi baik. ^^

Kelima : Bersopan-santun
Cukup dengan intonasi suara yang lemah-lembut + senyum. Ok dah tu… dulu awak boyish ke? Tu dulu punya cerita beb… ni zaman la ni… jangan segan okeh! ^^

Keenam : Jangan hipokrit
Wah… ini bahaya! Buang perangai hipokrit ni… orang tak suka. Kadang2 orang salah erti makna hipokrit. Ye betul, awak dah memang macam tu sejak azali… tapi, menjaga adab bukan sesuatu yg hipokrit tau. Kena faham tu ^^

Ketujuh : Sabar
Oh… sabar itu perlu. Tak semua orang macam kita. Ada jenis yang nak tahu macam2… nak cerita macam2… terlajak lidah macam2… semua macam2 sampai lain macam jek… hihi… so, sabar. Bila lagi nak berkumpulkan? Ingat pahala sabar tu besar tau ^^

p/s : jangan kita pulak yang buat orang hilang sabar… hihihi

Ok… rindu2 jugak… hari ni 29 Februari. Special kan? 4 tahun sekali baru jumpa tarikh ni… agak2, ingat lagi tak masa 29 Februari tahun yang sudah kita kat mana?  Rindu tak? Sebenarnya zaqea rindu 29 Februari 2012… Lepas hari ni… 29 Februari 2016 akan menjadi sejarah dan kita bersua semula pada 29 Februari 2020! Agak2… kita kat mana masa tu? ^^

Harapan zaqea, semoga usaha hari ini menjadi wawasan untuk hari esok. Semoga semuanya baik. Insya-Allah. Kepada-Mu berserah.


Ok, tutup kedai… Jumpa lagi

No comments:

Post a Comment