Tuesday 16 February 2016

Newbie? Scroll Down ^^

Assalamualaikum…

Knock… knock… berhabuk dah blog zaqea ni… punya lah lama x menulis… huhuhu T-T

Hampir 2 bulan berada di pejabat baru… suasana baru, office-mate baru, wajah baru dan semangat baru. Alhamdulillah, Allah Maha Berkuasa terhadap makhluk-Nya dan tidak akan menganiaya hamba2-Nya.

Masih dalam department yang sama… Cuma ber’bapa’kan BPTV pula… bapa yang dulu BPI ^^. So, banyak yang zaqea kena belajar. Well, hidup ini adalah sekolah dan madrasah bagi manusia. Pelajaran paling berharga adalah sebuah pengalaman. Mana nak dapat? Dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung!

Ok… bagi uols yang seangkatan dengan zaqea, berada ditempat baru… x kisah la samada bertukar sekolah, kolej, tempat kerja, rumah dsb. Lai… lai… zaqea nak share tips sikit… sebagai panduan kot ada yang kekok @ baru 1st time bertukar ;

Check it out!

Rule Number 1          : Belajar dan Memahami Etika
            Ok… setiap tempat baru mesti ada etika dan budaya kerja tersendiri. Apa yang perlu dilakukan adalah belajar dan memahami etika tersebut sehingga kita dapat beradaptasi dengan suasana yang baru. ^^Jangan main langgar…

Rule Number 2          : Bersemangat
Semangat tu penting… sangat penting sebab… kalau awal2 dah gugur diperbatasan… macam mana tu? Rambut sama hitamkan? Tapi perlu ingat… hati lain2 guys. First impression tu penting. Jangan disebabkan awal2 kita layu, lesu… dapat gelaran si pemalas. OMG!

Rule Number 3          : Sedia Belajar Dengan Perkara Baru
Awalan, bagi newbie. Perlu siap sedia belajar perkara-perkara baru. Ok, x semestinya kerja yang kita buat dulu sama dengan kerja kita sekarang. Misalnya, dulu buat uruskan hal2 berkaitan pentadbiran... la ni handle asset pula… haru mak! Xpe… positif aje… makin banyak kita belajar, makin banyak ilmu dan pengalaman… makin mudah kerja kita dan makin banyak pahala ^^

p/s ; jangan memandai… orang x suka. Belajar elok2 dan teliti.

Rule Number 4          : Berkenalan Dengan Semua Orang
Aiseh… ni direct untuk zaqea… oi zaqea, do this! Buat awak semua yang agak malu2 meow pada awal perkenalan… maybe sukar, susah, payah dsb… Tapi bagi si pemalu… cuba cabar diri anda ^^ … Positif pada semua orang dan berkenalanlah dengan semua. Jangan memilih pula tau… X nak kaaan kena cop sombong?...

Rule Number 5          : Ringan Tulang… opss… Jangan Sampai Kena Buli
Agak tiba2 blank dan x tau nak buat apa… atau kerja2 kita dah beres… Elakkan menghadap HP semasa dalam tempoh percubaan / awal2 lapor diri. Letak jauh2. Cuba bantu kawan2 baru dalam selesaikan tugas. X salah… dari kelihatan canggung dan bingung, betul x? Perkara kecil macam ni membuka peluang kita untuk lebih mudah berinteraksi dengan kawan2 baru. Ingatan Kasih Sayang; ringankan tulang, jangan sampai dibuli

Rule Number 6          : Sopan, Sopan dan Sopan
Sopan santun budaya timur. Sopan ketika berkomunikasi. Tanamkan sifat saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Jangan bergurau secara kasar dengan sesiapa... Ingat tadi tu… rambut sama hitam tapi hati lain2. Tolong jaga bahasa kita, cara bertutur dan perbaiki intonasi ketika berbual dan berbincang. Tak susah pon… didik diri untuk jadi baik, sebab perkara baik ni tak datang bergolek ^^

Rule Number 7          : Dilarang Bergosip
Gosip? Toksah join le… ada terdengar cerita ini itu bla bla bla… elakkan sebelum terjebak. Pasang niat awal2… datang sekolah/kerja untuk tunaikan tanggungjawab bukan untuk jadi wartawan melodi ye… hihihi… hal2 remeh macam ni x beri faedah dan keuntungan… baik buat kerja elok2… mana tau boss usya dapat promotion naik pangkat… ye dak?

Lastly              : Senyum Selalu
Senyum tak perlu kata apa2. Senyum. Banyak manfaat yang kita perolehi dengan sebuah senyuman antaranya mengurangkan stress and petua awet muda…. Nak sentiasa muda? Senyum… x perlu kata apa2… Insya-Allah… stress pon kurang… rite ^^

Alhamdulillah… sekian dulu entri zaqea buat masa ni… semoga bermanfaat dan kepada semua sahabat2 yang baru dan sedang menempuh terutama alam pekerjaan… Adios… Hahahoho…


Good Luck!!! ^^




No comments:

Post a Comment