Thursday, 20 August 2015

Pengeluaran Akaun 2 KWSP Bagi Tujuan Pendidikan


Assalamualaikum… Hai semua!!! ^^

Hari ni zaqea nak kongsikan pengalaman mengeluarkan wang simpanan di KWSP bagi tujuan di atas…

Entry ni sebagai panduan bagi pelajar-pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran secara Sambilan, Jarak Jauh dan seangkatan dengannya. Maklumlah… menuntut ilmu bukan sesuatu yang free. Memang menuntut pengorbanan tak kira dari segi masa mahupun wang ringgit. But… percayalah… ia sangat berbaloi ^^

Kepada pelajar seperti zaqea ni… kadang-kadang kita terfikir untuk tidak menggunakan cara pinjaman sebagai opsyen. Anda…. Boleh menggunakan wang simpanan di KWSP (akaun 2) sebagai salah satu pilihan. Alhamdulillah, sepanjang 2 kali permohonan… kedua-duanya lulus ^^

Prosedur dari pihak KWSP juga tidak serumit yang dibayangkan. Sebelum ini… zaqea mendengar macam-macam cerita… tapi ya lah… cerita tak semua benar. So, kita try dulu and WOW!!! Tup tap… tup tap… SELESAI…. zaqea pergi ke KWSP hanya 2 kali. First, semasa mengambil borang dan kedua semasa mengemukakan dokumen di kaunter. Sekarang ni lebih mudah... permohonan secara on-line pun boleh... 

Pada asalnya, proses akan mengambil masa dalam 14 hari. Tapi… yang paling tak disangka, dalam masa 3-4 hari bekerja … Alhamdulillah permohonan telah diluluskan dan zaqea boleh terus buat bayaran (yuran pengajian)  ^^ Mudah sangat… Yang paling penting, pastikan dokumen lengkap. Jika tidak, ha….. jangan nak kata macam-macam ek  ^^

Ingin tahu cara? Orait… jom klik sini

Bagi permohonan on-line, pastikan semakan dibuat bagi elakkan pelbagai masalah dan zaqea nak nasihatkan, cetak borang permohonan sebagai salinan peribadi ^^ 

Thanks to staff2 KWSP yang berkenaan kerana layanan yang baik dan mesra. Salute.

Apa pun... Semua bergantung pada niat... Niat baik, In sha Allah... Allah beri jalan yang baik...



All The Best!!! ^^

No comments:

Post a Comment