Thursday 20 August 2015

Pengeluaran Akaun 2 KWSP Bagi Tujuan Pendidikan


Assalamualaikum… Hai semua!!! ^^

Hari ni zaqea nak kongsikan pengalaman mengeluarkan wang simpanan di KWSP bagi tujuan di atas…

Entry ni sebagai panduan bagi pelajar-pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran secara Sambilan, Jarak Jauh dan seangkatan dengannya. Maklumlah… menuntut ilmu bukan sesuatu yang free. Memang menuntut pengorbanan tak kira dari segi masa mahupun wang ringgit. But… percayalah… ia sangat berbaloi ^^

Kepada pelajar seperti zaqea ni… kadang-kadang kita terfikir untuk tidak menggunakan cara pinjaman sebagai opsyen. Anda…. Boleh menggunakan wang simpanan di KWSP (akaun 2) sebagai salah satu pilihan. Alhamdulillah, sepanjang 2 kali permohonan… kedua-duanya lulus ^^

Prosedur dari pihak KWSP juga tidak serumit yang dibayangkan. Sebelum ini… zaqea mendengar macam-macam cerita… tapi ya lah… cerita tak semua benar. So, kita try dulu and WOW!!! Tup tap… tup tap… SELESAI…. zaqea pergi ke KWSP hanya 2 kali. First, semasa mengambil borang dan kedua semasa mengemukakan dokumen di kaunter. Sekarang ni lebih mudah... permohonan secara on-line pun boleh... 

Pada asalnya, proses akan mengambil masa dalam 14 hari. Tapi… yang paling tak disangka, dalam masa 3-4 hari bekerja … Alhamdulillah permohonan telah diluluskan dan zaqea boleh terus buat bayaran (yuran pengajian)  ^^ Mudah sangat… Yang paling penting, pastikan dokumen lengkap. Jika tidak, ha….. jangan nak kata macam-macam ek  ^^

Ingin tahu cara? Orait… jom klik sini

Bagi permohonan on-line, pastikan semakan dibuat bagi elakkan pelbagai masalah dan zaqea nak nasihatkan, cetak borang permohonan sebagai salinan peribadi ^^ 

Thanks to staff2 KWSP yang berkenaan kerana layanan yang baik dan mesra. Salute.

Apa pun... Semua bergantung pada niat... Niat baik, In sha Allah... Allah beri jalan yang baik...



All The Best!!! ^^

Wednesday 8 April 2015

Syair Arab - Busyra Su'ad

Assalamualaikum...

Hari ini zaqea nak kongsikan syair arab by Zaki Qunsul. Sebenarnya, syair ni salah satu modul untuk sem ni.... sambil2 menghafal tu... bolehlah dikongsikan bersama.

Actually, tak banyak info yang zaqea jumpa. If anyone jumpa maklumat lain berkenaan penyair ni... bolehlah share... Try klik link bawah ni... ^^

http://www.arab-ency.com/index.php?module=pnEncyclopedia&func=display_term&id=161760&m=1

Sedikit Biodata beliau ;



Salah satu syair beliau yang popular :::
1) Pengenalan...


2) Syair (Busyra Su'ad)



Kredit to subjek Maharat Al-Istima' Wal Fahm (Universiti Kebangsaan Malaysia)

Tuesday 7 April 2015

Doa Amalan Untuk Pelajar

Assalamualaikum....

Kali ni zaqea nak share doa yang boleh diamalkan untuk semua pelajar diluar sana... memandangkan zaqea pon masih menuntut... jom semak dan amalkan... 





Semoga bermanfaat... ^^

Monday 6 April 2015

Refresh Cita-Cita

Assalamualaikum...

Hai... ok, lama zaqea x memblogging. Rindu rasanya... Well, semakin kita kehadapan semakin kita kesuntukan sebenarnya.

Teringat kenangan semasa kecil... waktu itu dibangku sekolah. Guru kelas serahkan borang warna coklat untuk diisi oleh ibubapa... part paling tak lucu bila ditanya tentang cita-cita... (dreaming)...

Refresh... cita-cita mesti tak lari dari Polis, Guru English, Peguam & Wartawan... balik2... itulah cita-cita yang dipilih. Agaknya kenapa ye? Berhantu betul... melekat dihati.

Masa bersilih ganti, zaqea dah masuk pon alam pekerjaan... Alhamdulillah, walaupun pekerjaan sederhana namun masih boleh berbakti untuk orang lain.

"Reset niat semula, niatkan pekerjaan kita sebagai ibadah bukan kerana harta semata... kalau kita niat kerana harta dan duit... kita akan dapat penat. Tapi, kalau kita niatkan kerana ibadah untuk ummah Insya-Allah kita dapat kepuasan..."

Nasihat dari pensyarah suatu ketika dulu... Kata-kata yang ringkas tapi amat bermakna.

Insya-Allah... kaki masih melangkah untuk menggapai cita-cita... Semoga Allah beri kekuatan dan ketabahan untuk mencapainya...

"Ilmu itu letaknya didada, kuncinya amalan"

Semoga Allah memberkati.... aamiin